Saya telah melawat Arena Larkin pada hari ini untuk memeriksa dan meninjau tahap persiapan Stadium Tertutup dan Pusat Akuatik. Tapak-tapak acara tersebut telah disiapkan sempena SUKMA Johor 2020. Walaupun SUKMA Johor 2020 telah ditangguhkan, kedua-dua tapak ini telah dibangunkan bagi tujuan menyediakan kemudahan sukan profesional dan latihan sukan.
Hasrat saya adalah supaya kemudahan sukan yang dibangunkan ini dapat mencungkil bakat ahli-ahli sukan untuk membentuk generasi juara sukan Johor yang baru untuk mengharumkan nama Johor serta memanfaatkan warga Johor, terutamanya golongan belia.
Stadium Tertutup di Arena Larkin yang dibangunkan bersebelahan dengan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos mampu menampung 7,000 orang penonton dan boleh menganjur pelbagai acara seperti badminton, bola keranjang dan sepak takraw.
Manakala, Pusat Akuatik pada dahulunya merupakan Kolam Renang Majlis Bandaraya Johor Bahru dan kini telah dinaiktaraf menjadi Pusat Akuatik untuk menganjurkan acara renang dengan kolam renang yang bertaraf antarabangsa. Pusat Akuatik ini mampu menampung 1,168 orang penonton.
Bagi saya, kerajaan negeri Johor telah giat berusaha dalam membangunkan sukan di Johor, dan kemudahan dan fasiliti yang saya lawati hari ini adalah permulaan dalam matlamat untuk mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang sukan untuk Johor.
Supaya kemudahan dan fasiliti ini tidak menjadi gajah putih, saya telah menasihati agar lebih banyak pertandingan dianjurkan bagi menggunakannya pada tahap yang maksima selepas wabak Covid-19 ini berlalu. Saya juga menasihati agar ia dibuka kepada semua rakyat Johor untuk kegunaan umum pada masa yang sesuai kelak dan supaya diselenggarakan dengan baik untuk memastikan kebolehgunaan jangka masa panjang.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
———
I visited the Larkin Arena today to inspect and check preparations of the Indoor Stadium and Aquatic Centre. These venues were completed in conjunction with SUKMA Johor 2020. Although SUKMA Johor 2020 has been postponed, the two venues were completed to provide professional sports and training facilities.
My hope is that the sports facilities built can unearth talented sportsmen and sportswomen to form a new generation of Johor champions to bring Johor honour and benefit the people of Johor, especially the youth.
The Indoor Stadium at the Larkin Arena built next to the Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Stadium can accommodate 7,000 spectators and host various events such as badminton, basketball and sepak takraw.
Meanwhile, the Aquatic Centre, which was previously the Johor Bahru City Council Swimming Pool, was upgraded to an Aquatic Centre capable of hosting swimming events with international standard pools. The Aquatic Centre can accommodate 1,168 spectators.
For me, the Johor government has worked hard to develop sports in Johor, and the amenities and facilities I visited are merely the start of a vision for Johor to achieve success in various sports.
To ensure that the amenities and facilities do not become 'white elephants', I have advised that more competitions should be organised to utilise the venues to the max after the Covid-19 pandemic ends. I have also advised that it should be open to the Johor rakyat for public use when the time is suitable in the future and for these sports facilities to be properly maintained to ensure that they are fit to be used for years to come.
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor